TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Gambar-Gambar Kenangan

image
image
image

TRIP PENGENALAN KE TAKAT CHAMPION

Ini merupakan trip pengenalan saya ke takat champion.Biasanya, untuk trip memancing ke deep sea  saya akan menaiki kapal memancing dari Jeti Kota Kota Kinabalu, tapi kali ini saya menaiki kapal dari jeti persendirian di Kuala Penyu,sabah. Perjalanan kali ini mengambil masa sekitar 11 hingga 12 jam bergantung dengan kelajuan kapal dan keadaan cuaca.Apa yang jelas kapal yang kami naiki bukanlah laju sangat. Trip pertama saya kali ni tidak banyak hasil yang di gambar kerana hasil kurang meriah..yang banyak ikan basung kerbau dan beberapa ekor ikan tongkol


 Kerisi bali guna teknik bottom
 Mr Tommy boleh dikatakan raja lauk basung kerbau dalam trip ini...hasil kerisi bali pertamanya

Kerisi Bali kedua Mr Tommy

TRIP SEMARANG ATAS

Trip kali ini merupakan trip 4 hari 3 malam ke Takat Semarang Atas dengan menggunakan Kapal Haji Elves. Apa yang Boleh saya katakan trip ini  Sukses walaupun ikan sasaran iaitu ikan Boneto tidak memumculkan diri hanya beberapa ekor saja yang berjaya diperolehi namun Ikan Ruby dan lain-lain banyak dinaikkan.Bagi diri penulis yang lebih dengan teknik Jigging, kedalaman takat yang mencecah sehingga 330 meter menjadi halangan untuk meneruskan aktiviti jigging...penat boss....ikan pun tiada menyambar. Namun apa yang menyeronokkan apabila ikan Langkunis @ Yellow Fin datang pada malam pertama sekitar 4 pagi..ini membuatkan saya bersemangat...apa tidaknya baru sahaja Jig 60 gram dilantarkan..jig terus dilarikan dengan PADU...dari jam 4.00-6.30 saya berjaya menaikkan ikan Langkunis sebanyak 13 ekor dan seekor ikan Boneto manakala 3 ekor tidak dapat naikkan kerana terlalu kuat dan lari kebawah kapal akibatnya tali utama bergesal dan putus . Berat ikan sekitar 2-3 kg sahaja. Dari 12 orang hanya seorang sahaja ahli yang join saya main jig dan dia berjaya juga menaikkan 2 ekor Langkunis.Untuk trip ini saya membawa 5 set Light Jigging dari Pe1.5 hingga Pe 3 sahaja dengan Sais Reel 3000-5000 sahaja dan Braded 20lbs-40lbs
Apa bila matahari muncul kelibat Ikan langkunis mula menghilang dan aku beralih ke arena bottom...namun saya tidak menahan..kedalaman 330 membuatkan mesin elektrik yg ku guna menjadi panas...takut mesin rosak saya memberhentikan aktiviti bottom, lagi pun ikan tidak galak memakan umpan. Dikalangan kami hanya Saudara Anas, Bapanya dan beberapa orang rakan yang lain berjaya menaikkan ikan Ruby ditakat dalam ini.

Di sebelah tengahari, saya mencuba pula kaedah popping, alhamdulillah..lontaran kedua pada sentapan pertama Popper Hinomiya 32g Red Head disambar terus oleh Dorado /Mahi-Mahi @ Lumadang dalam bahasa Berunai. Pertarungan dengan ikan ini amat hebat...Namun Rod Xzoga Pe3 ,Reel GTec 5000 dengan braded 40lbs dan Perambut Bosna 80fc 50lbs tidak mampu ditewaskan oleh ikan ini. Selepas ikan ini dinaikkan saya terus bersemangat...macam mahu tercabut tangan rasanya melontar popper tanpa henti..namun kelibat ikan ini tidak sudah kelihatan.   
*Anas dengan ikan cupi pada malam pertama
Pada malam kedua, rakan rakan sudah meramal bahawa saya akan berpesta lagi...namun sebaik sahaja lampu dihidupkan..kelibat sotong mula banyak datang...tiba-tiba sekawanan Ikan lumba-lumba mula berkampung di Takat ini...takat yang sama pada malam pertama. Ikan lumba-lumba seolah-olah tidak takut dengan kehadiran pemancing. Bayangkan sehingga matahari terbit, Ikan Lumba2 masih melakukan aksi mengejar sotong...akibatnya sekapal kami kumpau berdarah malam ini

#Saudara Dalkis antara campion dalam trip kali ini
*Penulis dengan Ikan Langkunis yang jadi penyelamat
Anas bolehkan dikatakan paling murah rezeki...5 ekor Ruby jadi miliknya
*Ruby terbesar 12 kg dinaikan oleh bapa c Anas pada kedalaman 300 meter dengan menggunakan Mesin Manual
*Inilah ruby si Anas yang menjadi hidangan tengahari kami apabila putus dan sangkut dibawah kapal...nasib selang beberapa minit Ruby ini timbul di sebelah kapal.
*Malas mau cakap...nanti kena cakap Riak...Popping brader
* Mcm mau tebuka sdh dawai utk hook tu
*Memang bernasib anak ani...yang bestnya hubungan Anas dan Bapanya macam best prennn...saling olok mengolok
*Ini Kawan juara sang keratang
*310 brader...malah sampai 330 ...panas mesin tarik batu ladung brader...terus ku down mau bottom...baik layan jig

*Memang campiun ini brader...
*Kalau mau Buat trip cal Hj ...cal terus jangan main orang tengah...
*Tambung di malam terakhir...hampir mangalun saja ni...Port singgahan sebelum bergerak balik ke Jeti pada jam 4 am
*TQ guys....next time boleh komplot lagi.

TRIP TAKAT KERATANG PAK DOL

Trip 3 hari 2 malam kali ini merupakan trip gabungan antara pemancing lama dan baru. Untuk trip kali ini kami menggunakan kapal milik Mr Jack dan Tekongnya pula Mr Abdullah. Apa yang jelas sepanjang trip ini...ikan sangat kurang ..walaupun kerap berpindah port..Pada hari pertama dan malam pertama  tiada tarikan kasar hanya ikan-ikan kecil yang sudi menjamah umpan. Pada hari kedua barulah kami mula mendapat strike dengan melakukan aksi jigging. 
Pada sebelah malam tekong membawa kami ke Takat Keratangnya barulah ada tarikan kasar. Ini dimulakan dengan tekong sendiri yang berjaya menarik keratang hampir 20 kg dan diikuti dengan bb keratang, diikuti dengan saya dengan menaikkan seekor tenggiri dan pada sebelah subuh pula tiba giliran Os menaikan seekor keratang lebih 20 kg. 


Tekong dengan Keratang Pertama lebih 15 kg
BB keratang yang kedua dinaikkan oleh Tekong
Os mendapat keratang sekitar jam 3 subuh dan keratang terberat melebihi 20 kg
Ini guna umpan ok bro...bukan jig
Kawan ni Pertama kali menjig terus teracun
Hari pertama Os jadi tukang masak
Isteri tekong turun dari kapal dan terus berdayung pulang ke jeti Pulau Sepanggar
Uncel ni bertuah mendapat kerapu suno
My Cousen..Osman Tahir pun bertuah dp 2 ekor suno

Mr Hassim orang paling bertuah...tanpa peralatan bottom..hanya bersenjatakan set jigging, beliau berjaya mendaratkan 2 ekor Tunggap @ Sagai seberat 5 kg dan 7 kilo



Tenggiri tunggal pada malam kedua
Ahli Trip kali ini Mat, Ijam Anas, Ujay, Os, Hassim, Osman Tahir, Abang Jumat dan Uncle KB

JIGCAST BB GT DENGAN UMPAN BODO BODO DI TELUK TELUK VILLA, PUTATAN

Nama Teluk Villa wujud apabila perumahan Taman Teluk Villa Wujud .Namun bagi generasi baharu, nama Teluk Doronggon langsung tiada dalam fikiran mereka kerana nama ini sudah tenggelam oleh nama Teluk Villa . Di Teluk Doronggon, terdapat beberapa takat tuhur yang menjadi tempat permainan anak anak Gt untuk mencari makanan. Di Takat takat ini lah saya sentiasa strike bila datang musim memburu BB Bt. 
Sebelum ini kebanyakkan nelayan sampingan di Teluk Villa mencari anak anak Gt dengan menggunakan teknik tundaan dengan menggunakan bulu bulu dan tiada yang pernah mencuba dengan teknik Jigcast. Pada tahun 2010 apabila saya memiliki Bot, saya mencoba teknik ini dengan menggunakan Mini Jig seberat 12g...ia amat berkesan untuk menipu GT selain Popping.Selain Mini Jig, saya lebih taksub menggunakan Squit Jig yang saya gabungkan dengan skirt sotong, gabungan ini sangat mantap dan tidak mengecewakan, namun bekalan utk squit jig sangat terhad, kesukaran mendapatkan squit jig memberi ilham kepada saya untuk DIY Jig Skirt yang saya namakan Umpan Bodo Bodo .Umpan Bodo Bodo ini sangat mujarab di Takat ini kerana GT tidak memilih mangsa...asal bergerak pasti dia akan membahamnya sehingga dapat...

BB gt sebenarnya tidak memilih umpan...apa sahaja pasti digasaknya...yg penting kita mesti yakin untuk menggunakan umpan tersebut...ini petua yang penting dan sentiasa saya pegang...tidak semestinya umpan mahal baru Gt mahu membahamnya...

Bila becerita tentang teknik Jig Cast...pasti ada yang tertanya2 apakah teknik ini sama dengan teknik casting...jawapannya " Ia " cuma bezanya adalah umpannya...jika casting menggunakan Lure...Jigcast pula menggunakan Metal Jig yang ringan dan dilontarkan sejauh mungkin dan dibiarkan jatuh diparas tertentu berdasarkan kedalaman takat...Jika takatnya cetek seperti di Teluk Villa 3-4 meter...cukuplah setakat jatuh selama 3-5 saat dan terus dikarau pelan-pelan sambil dihinjut hinjut utk menghidupkan pergerakan skirt...Mesti diingat jika menggunakan JigSkirt...GT biasanya akan melihat pergerakan Skirt seolah2 benda hidup. Jika saya menggunakan metal jig, saya akan gunakan Jig seberat 18g-40g utk melakukan aksi Jigcast  bergantun kedalaman Takat tersebut...namun saya sangat jarang menggunakan metal jig di takat tuhur...
Ikan Todak @ Berusak juga tertipu oleh Umpan Bodo Bodo
Ikan Kerapu juga menjadi mangsa umpan Bodo Boda...namun jika mahu lumayan hasilnya..digalakkan menggunakan soft plastik di takat kerapu..pasti lumayan...
G1
G2
G3
Gambar 1,2,3 ...Bb Gt sangat mudah tertipu dengan My Pebrettt Squit Jig Skirt ( Black Silver )

BB Gt ini kena cukai oleh Black Tie Shark ketika menghampiri bot

Inilah Umpan Bodo Boda yang saya DIY setelah bekalan utk Squit Jig sukar diperolehi..Squit jig yg ada didalam Pic sampai sekarang masih disimpan kerana sayang mahu digunakan...Berat Jig Bodo Bodo ini hanya 20g manakala Squit Jig pula 18g & 23g

Abang ni terjerumus dengan teknik jigcast dan inilah lesin Jigcast nya...
G4


G5
G6
G7 

G8
G9
G10
G12
Gambar gambar dari G4-G12 membuktikan umpan Bodo Bodo yg hodo sangat mujarab untuk memikat Bb Gt di Teluk Villa