TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

K.O.B POWER KNOB STYLE....LOW BAJET

Kali ni saya ingin memberi sedikit ilmu kepada pengunjung Blog T.O.B, cara-cara untuk membuat sarung Power Knob untuk Power handle original kekili anda. Ini adalah 100% idea saya sendiri.....

 Ini adalah Knob asal dan tidak perlu dipotong
 Ambil sedikit span handle rod yang hampir sama besar lubangnya dengan Knob asal  kekili anda. Biar lubang span tersebut lebih kecil sedikit, bila dimasukkan ia dalam keadaan lepir dan akan fit
 Lepas tu gunakan pengosok @ kikir untuk membentuk Knob dan diperhalusi dengan menggunakan kertas pasir
 Selesai membentuk Knob idaman anda...masukkan  @ Sarungkan Knob baru ke knop asal...selesai
Bolehlah...ala-ala kampung.....Kos Murah.....

WELCOM TO DUNIA CASTING

Trip 7.10.2012 ni merupakan trip Selamat Datang Kedunia Casting untuk Hj Caster yang baru dalam bidang ni. Atas permintaan beliau, yang menempah Rod, 3  minggu yang lalu, dimana beliau mahu rod Customnya di rasmikan bersama pembuatnya di Bintuka...akhirnya ku tunaikan...Sepatutnya aku turun beraksi pada 6hb bersama Bobih Boi, namun oleh kerana tarikh tu ulang tahun ke 5th anak ku....trip terpaksa ku cansel....nasib baik ada bot kosong utk 7hb disaat akhir, dapat juga ku memenuhi hajat Hj ni mau turun bersama ku. Dalam trip ini, aku lebih kepada Mentor....dan sentiasa akan menjadi orang kedua untuk melemparkan gewang...Bila kita membawa orang baru, peranan kita adalah memberi galakan dan sokongan...bukan untuk menujuk-nunjuk kepakaran kita dan mengutuk kelemahan rakan....sehingga memberi tekanan kepadanya....Bagi ku, strike atau tidak yang penting rakan baru kita harus berpuas hati dengan trip yang beliau ikuti.....bukan untuk ditertawakan jika gewangnya melayang diatas pokok, bukan untuk dimarahi jika dia tidak tahu mendayung bot....jika benar Bot Man itu seorang yang hebat...ia mesti tahu segalanya....dari membawa bot sehingga mengawal bot untuk memberi ruang kepada rakan baru merasa nikmat casting....Yang jelas jika orang baru strike....ucapkan tahniah dan jangan pula diri sendiri rasa tertekan sehingga tidak memberi ruang kepada rakan baru untuk casting.....serta berilah tunjuk ajar kepadanya...bukan setakat tentang casting...malah dari semua aspek sehinga aspek keselamatan......
 Mj ni akhirnya menjadi milik ku walau pun sudah puas di pujuk oleh Hj...
 Welcom To Dunia Casting dan BCC...Hj
 Strike ke dua Hj....memang strike kerapu ni tidak mampu memberi kepuasan kepada Hj yang sudah mendapat lesin Barra 5 kg ketika baru kali ke 3 casting di Kuala Penyu
 Kerapu minyak pun kerapu minyaklah....yg penting strike
 Sedikit info mengenai beliau....Abang Ipar  SamoiTrable Hook, Minat Menyelam dan ada lesin, Minat main kereta control  dan kapal terbang control, teracun kedunia casting oleh Samoi......orangnya cukup stady...dan cool......
 Orang ni tidak perlu diperkenalkan....merangkap botman kedua Sulaiman...heheheh
 Sejak kebelakangan ni jadual Sulaiman sungguh padat....hari sabtu Popping di Teluk Villa...Ahad pula turun ke Bintuka.....Isnin kalau ndada kelas Casting di Mandahan...heheheh
Ungah terbesar dalam trip ni milik Samoi...2.7 kg 

POPPING DI TAKAT DUMPIL

Biasanya jika saya tidak turun casting ke Bintuka, Popping menjadi alternatif untuk melepaskan gian Strike jika laut tidak bergelora. Biasanya Rinno akan menjadi teman, namun dalam trip kali ni kami disertai oleh sahabat baik saya iaitu Sulaiman yang kebetulan turun ke KK untuk menghantar isterinya belajar di Open Universiti. Saya & Rinno  turun seawal jam 6 pagi dan berjanji akan mengambil Sulaiman di Teluk Villa jam 8.00 pagi, namun seawal jam 7.15, telepon ku sudah berbunyi dan kami terus mengambil Sulaiman di Teluk Villa.....selepas mengambil sulaiman kami terus ke Padang Popping terbaru K.O.B.....hasilnya......Sulaiman mencipta rekod peribadi, Si Rinno....seekor Gt tewas dan seekor rabut....aku.....macam biasalah......mesti ada naik punya...heheheh


Memang baik rezekinya Sahabat ku ni....berdarah...rakan-rakan casting dikerjakannya....selama ku popping di KK ni belum pernah ku Popping dapat ikan cermin......heheheh

Hahahaha....guna micro jig pun best juga diatas takat ni.....

 Berani juga anak kerapu ni....
Memang best bila mendengar letupan GT menyambar popper...2-3 kali dihentamnya baru mengena
 Cuba-cuba main soft plastic....ini saja yang sudi...heheheh