TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TIPS MENYELAMATKAN SET KAIL YANG JATUH KEDALAM SUNGAI

Dalam paparan kali ni saya ingin memberi sedikit tips cara untuk menyelamatkan set pancing anda dari terus berkubur dan menjadi tukun didalam sungai. Gambar yang dipaparkan merupakan gambar sebenar set casting seorang ahli BCC yang jatuh kedalam sungai dan ditinggalkan selama 5 hari, setelah usaha menyelamat yang mereka jalankan tidak berjaya. Saya dimaklumkan semasa set casting ini jatuh pemiliknya hanya mampu melihat tanpa dapat berbuat sesuatu. Setelah set mendampar kedasar barulah mereka cuba menyelamatkan dengan kaedah menyelam namun dasar yang dalam membuatkan rakan mereka tidak sampai kedasar. Secara kebetulan seorang rakan mereka telah membawa saya casting disungai ini dan selepas casting saya meminta beliau menunjukkan tempat set casting tersebut jatuh & disinilah saya menunjukkan skil SWAMPS PEOPLE saya...heheheh

 Inilah hasilnya set baru pertama kali digunakan dapat ku naikkan dengan alat penyelamat gewang. Namun usaha ini tidak akan berjaya jika anda tidak tahu caranya. Jika set pancing anda jatuh : Langkah pertama yang harus anda ambil ialah , Anda  harus menanda tempat set pancing tersebut jatuh, seterusnya anda tidak harus berganjak, ikat bot  atau turunkan sauh supaya anda tidak hilang jejak selepas itu  sukat kedalaman sungai dan anda harus menagak berapakah jauh set pancing anda mendampar didasar berdasarkan tempat ia mula jatuh berdasarkan pergerakan air pasang atau surut. Kedua: Keluarkan penyelamat gewang anda, ambil  trable hook dari gewang dan masukkan kedalam dawai penyelamat gewang.
Ketiga: Ubah kedudukan bot diatas aliran air sejauh 2 meter supaya bila penyelamat gewang dilemparkan ia akan dapat meramas dasar semasa ditarik
Keempat: Selepas itu anda harus melemparkan penyelamat gewang lebih jauh sedikit berdasarkan jarak anggaran ia mendampar dan tarik perlahan-lahan dan lakukan tanpa ada perasaan putus asa. Jika masih ada jodoh Trable Hooks akan mengait batang atau tali  set pancing anda. USAHA TANGGA KEJAYAAN

 Rasanya inilah BC paling tahan setakat ini, walaupun berendam selama 5 hari di sungai berair masin namun ia masih boleh digunakan tanpa ada karat pada ball beringnya
 Selepas dinaikkan rendam terus diair tawar...terpaksa direndam dalam tong ais...kesejukanlah BC ni....
 Sampai dirumah terus kena Servis
 Bering dan anti RVS terus kena rendam dalam minyak anti karat
Kesudahannya.......BC & Joran ini pulang ke tangan tuannya heheheh....tidak aku sanggup memakai BC orang yang aku kenali, walaupun aku yang menaikkan dari dalam air setelah lima hari ditinggalkan,  lebih-lebih lagi  boi ni  sangat minat Casting dan set casting ini....BC + Joran Abu, Tali sulan Varivas ini adalah hasil titik peluhnya berniaga di Bazar Ramadan selama sebulan......Cuma buat renungan....jika anda tidak mahu set casting anda jatuh kedalam air....ikatlah tali penyelamat yang pendek pada rod seperti tali camera dan jika ia terlepas tali akan jadi penyelamat...renung-renungkan.....

TRIP BINTUKA SEMPENA CURI HARI MALAYSIA

TRIP BINTUKA SEMPENA CUTI HARI MALAYSIA pada 16 Sep 2012 merupakan trip pertama selepas jari ku terkena treble hooks pada raya ke enam yang lalu. Trip kali ni aku ditemani oleh Junior Team Lempayun iaitu Bobbih Boy yang ingin menuntut sedikit ilmu & pengalaman dari ku. Selain Bobbih, trip ini juga disertai oleh Sulaiman bersama Acai,  manakala Samoi berpatner dengan Jamal, Tatoo bersama Hasbullah dan Remmy berpatner bersama Evo. Sampai sahaja di Jeti kami berpecah menuju destinasi masing-masing,  dan berjanji akan berjumpa di Balingkatak pada sebelah tengahari untuk makan bersama-sama. Aku membawa Bobbih ke kawasan Ladang dan terus ke Maidin manakala rakan-rakan yang lain terus ke Kolam untuk mengasak selungsung...namun apa yang boleh dikatakan trip kali ni kurang memberangsangkan dengan strike walaupun ada MJ bagak & Selungsung yang kami naikkan...namun macam biasa BINTUKA adalah Dunia yang indah dan tidak membosan...andai kata siang 24 jam....24 jam lah jua kami disana......lupa anak bini dirumah....

Bobbih dengan strike pertama...sanggup berbelanja besar semata-mata mahu memenuhi minat Casting

Larian Ungah ni memang dahsyat....tidak sempat ku mengetatkan drag, nasib baik aku tenang melayan kerenahnya dengan membuat tekanan manja pada spool dengan menggunakan ibu jari. Cuma minta Maaf kerana gambar bersama tuannya tidak dapat di Publish sehingga urusan rasmi selesai

 Apa tidak gewang hancur kalau gigi taring Ungah ni macam penyungkil gigi
 Wajah ayu Acai yang tidak berselera makan selepas membuka tong ais kami...hehehe...berdarah
Partner ku ni...pura-pura beselera makan...pada hal ....paitttttttt

 Siapa kah gerangan orang ni....The Lucky Man....Satu tewas dua kali ditewaskan...hehehe...Nya orang Nda Campin...tapi nya aku...Bukan Rezeki.....Apa tidaknya larian Mj Bagak dapat mengheret tali utama sepanjang 3 meter kedalam akar bakau walaupun sudah di up grade dragnya, yang membuatkan tali utama terpaksa diputuskan dan diikat diranting bakau. Sewaktu dalam perjalanan pulang, sewaktu air surut  mereka singgah dan mendapati gewang masih ada tersangkut di celah akar bakau
 Wajah ceria dengan hasil masing-masing
 Petang tu aku cuba lalu dilaluan Halimunan...hahahah tesadai kerana air terlalu tohor....terpaksa Bobbih menarik bot.....
 Wajah siapakah ni....Orang yang jarang tewas namun kali ni ditewaskan oleh sang Barra
Hehehe Rockkkkkk.....inilah dia Pemandu uji Bot Drift di Bintuka....juga kena buli oleh selungsung & ungah Monster....kecewa disaat akhir namun aksi Drift nya cukup hebat dan menghiburkan aku & Bobbih

TRIP HARI RAYA DI BINTUKA 2012

Pada hari raya tahun ni, saya berhari raya di kg halaman saya iatu di Kg Nyaris-nyaris Bongawan. Kali ni merupakan giliran untuk saya membawa isteri & anak-anak untuk berhari raya di Bongawan kerana pada tahun lepas kami berhari raya di Bintuka. Setelah 3 hari beraya di Bongawan, pada hari raya ke 4, selesai sahaja trip Casting di....tempat yang dirahsiakan  bukan apa, atas permintaan tuan punya kawasan kerana Sungai ini sangat hebat dengan MJ nya, kami sekeluarga balik ke Bintuka.  Setiap tahun, macam biasa sebelum hari raya segala perancangan untuk trip ke Bintuka sudah ada dalam kepala ku. Kali ni aku mengajak ipar ku Syam untuk casting sepenuh masa. Kali pertama ipar ku casting sepenuh masa....memang dahsyat, apa tidaknya, bukan sekali dua gewang terbang terus diatas pokok bakau....boleh dikatakan inilah rekod casting pokok ....bebelasan kali....Namun itu perkara biasa bagi saya untuk mendidiknya menjadi caster......Alhamdulillah, walau pun tiada Mj yang sudi....kerapu pun kerapulah....Kehadiran kerapu yang bagak-bagak membuatkan aku nekad untuk turun sekali lagi ke esokkan harinya. Namun kali ni aku hanya turun secara solo, kerana ipar ku ada program lain dan hari ni lah nasib ku paling malang apabila aku cuai ketika cuba menanggalkan gewang dari mulut kerapu........

Maaf gambar berkabus kerna kanta camera tidak bersih. Kerapu sais begini semakin sukar di perolehi dan oleh kerana hasil yang baik aku nekad untuk beraksi secara solo keesokkan harinya
Mamat ni pantang diberi makanan....bila di bagi, sepanjang sungai ia mengekori kami, risau juga aku ia melompat masuk ke dalam Bot, mana tau tiba-tiba" boleh join casting bang"...heheheheh.....
Ipar ku Syam dengan lisen Casting pertamnya
Jarang-jarang ku gunakan Hot Tiger ni...dapat juga ia menyumbangkan hasil
Hari kedua ku casting, sebelum ku sampai ke Port sasaran, sempat ku menunda bot penduduk tempatan yang rosak & menghantarnya laluan pulang  setelah berdayung selama lebih 2 jam . Menurut abang ni, ia amat kecewa dengan 3 orang pemancing yang menyewa sebuah bot  Hj Kumit kerana tidak mahu menolong menunda botnya. Sedangkan orang tersebut pernah ditolongnya.  Ingatlah wahai pemancing...ini kawasan orang Bintuka, kalau ada orang tempatan minta tolong kerana Bot nya rosak....tolonglah....tidak rugi satu sen pun kalau menolong orang, mungkin nanti giliran kita yang kena..
Kerapu hari kedua pertama
Inilah kerapu yang membuatkan jari ku kena Hook Up....salah sendiri kerana cuai, jangan salahkan kerapu....Namun selepas kena, cut hook tu, aku terus casting namun tiada mood sudah mau ambil gambar hasil....

SUPER WASHER DRAG K.O.B

Kepada kaki-kaki Casting yang bermasalah dengan drag BC Lp / Rbc yang tidak cukup Power, Kurang mencengkam, Lose ketika di tekan Monster... Cubalah Washer Drag K.O.B. Sudah terbukti....setahun digunkan masih stady...memang puas hati.....Jauh lebih hebat dari Washer Drag yang di import  dari USA .Kalau berminat Pm saya K.O.B: 012-8317476 . Sesuai untuk semua BC & RBC. Untuk makluman semua caster-caster yang ingin mencuba Washer Drag ini dinasihatkan menggunakan tali utama yang mantap. 

100% Custom Made
Washer Drag untuk Curado,Amenesta, Scorpion, Abu & Daiwa
Washer untuk Calcutta, Cardif 
Sais 1.25 inci adalah Super Washer Drag paling besar untuk jenama SHIMANO
Lihatlah perbezaan sais Washer Ori dan Washer drag K.O.B

Sais yang lebar membuatkan cengkaman lebih POWER
Calcutta Q 51 yang di Up Grade Dragnya
Washer Drag CQ tidak jauh berbeza sais lebar Washernya kerana Gearnya kecil
Kecil-kecil cili api....memang meletop kalau tali utama tidak mantap
Calcutta 50 B yang di up Grade.
Calcutta 50 B ada 2 keping carbon washer Drag yang sangat nipis dan mudah patah jika jika tidak berhati-hati ketika menservis
Hanya sekeping Washer Drag K.O.B diperlukan utk Up Grade drag C50B
Calcutta 101 B  yang di up grade
Memang Mantap