TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP TERJAH GULUNG-GULUNGAN & MENUMBUK

Trip Bintuka ( 23.1.2012 ) kali ni merupakan trip yang tidak dirancang asalnya selepas Bongawan Caster Commenity yang berjaya ku anjurkan pada 8.1.2012 yang lalu. Ini kerana sejak hujung tahun yang lalu aku mulai sibuk dengan kerja-kerja dipejabat sehinggakan hujung minggu pun terpaksa berada dipejabat memantau kakitangan yang membuat kerja lebih masa ( OT ). Kesibukkan ini membuatkan aku sentiasa berdarah melihat rakan-rakan enjoy turun casting ke Bintuka sejak awal tahun , malah lebih berdarah lagi apabila melihat Ungah, Selunggsung & Tembaring yang over sais berjaya ditewaskan. Ini membuatkan aku tidak tahan menahan kesengsaraan gian Bintuka, dalam kepala ku sentiasa ada bunga cabang sungai dan bunga bangkar yang sedang menjadi permainan ikan-ikan sasaran....heheheheh. Cuti tahun baru cina terus ku gunakan untuk melepaskan gian Bintuka ku bersama Master Kamal Kupon, Sulaiman & Si Ajit. Namun keadaan air yang terlampau surut dan sejuk membuatkan trip kami tidak SUKSES


Master Kamal merupakan Orang kuat Weston yang sentiasa SUKSES bila memburu GT di Bangkaduan, namun kali ni hatinya kuat untuk casting sepenuh masa bersama ku

Stady saja beliau ni membawa Injen Bot....relek ku terus....Inilah First time ku jadi pendayung & Sauh Man sepanuh masa
Biasalahlah Mal...titir memang jadi penghibur dikala sunyi....heheheh
MJ tunggal yang berjaya ku pujuk di Gulung-Gulungan
R2C yang diberi sentuhan warna baru...tiada warna ni dipasaran


Awan Jahat 1: Kami mula memecut



Awan Jahat 2 : Slow kami balik...rasanya kami tidak akan terkena hujan sebab ia bergerak ke arah lain



Awan Jahat 3 : Berubah bentuk macam mahu jadi puting beliung sudah...Namun bila kami sampai di jeti hujan lebat terus turun....SELAMAT kami tidak terkena hujan....

AL-KISAH SULAIMAN BERMULA DENGAN CEMERLANG

Untuk paparan kali ni K.O.B ingin berkongsi cerita tentang Al-Kisah sahabat ku Mr Sulaiman yang semakin tinggi ilmu casting. Sejak mengikuti T.O.B pada tahun 2009, sulaiman jarang mungkar jika ada trip ke Bintuka. Bermula dengan bottom yg menjadi kegilaannya kini beliau sudah cukup hebat untuk menjadi Caster sejati. Apa tidaknya tahun lepas sahaja 3 kali beliau membali BC dari jenama Daiwa ke jenama Shimano, dari joran merah ke joran hitam....heheheh , begitu juga dg hasil Castingnya dari warna Hitam ke Merah . Cukup membanggakan malah aku sebagai MENTORnya mengakui aku sudah ketinggalan dari segi hasil lesin untuk 2012 ini. Apa tidaknya mata ku sering berdarah melihat sulaiman menarik MJ sejak awal tahun hinggalah trip yg terbaru pada hari ahad yang lalu apabila seekor MJ bagak tewas dihujung jorannya........Tahun ni aku ingin melihat dua orang lagi ahli T.O.B iaitu Snek dan Remi sukses alam arena ini....setelah ketiadaan si Ampulur yang sudah meninggalkan arena casting.....

Ini menjadi bukti kehebatan Sulaiman yg berpasangan dengan Samoy semasa BCC pada 8.1.2012 apabila mereka ditabalkan menjadi juara berkumpulan edisi 1 BCC
Hasil terbaru beliau...cukup untuk membuatkan mata ku berdarah....heheheheh



Hasil diawal tahun......panas........



Sangsara ku melihat hasilnya sama si Tato ni

Hahahah.....casting-casting jua...Sulaiman tatap jua rindu sama kurau....ini satu-satunya lesin ku yang tidak dp direnew tahun lepas

Trip betapuk yang sukses sama si Badul




PENUTUP 2011 PART II

Selepas trip hari Sabtu sangat mengecewakan, hari khamis aku sekali lagi mengapil ke Bintuka bersama si Apik. Kali ni sasaran kami adalah lubuk kerapu Bintuka . Seawal jam 7 pagi kami sudah berada di port yang menjadi sasaran. Pagi yang sunyi diganggu oleh bunyi kocakkan ikan pemangsa yang sedang menyambar anak-anak ikan. KAmi begitu teruja bila melihat sana sini ada sambaran. Namun pagi ni gewang kami tidak dapat membangkitkan nafsu pemangsa yang ada ditebing akar bakau atau bangkar-bangkar yang nampak kewujudannya bila air terlalu surut. Mungkin faktor air terlalu surut dan sejuk menjadi punca ikan pemangsa tidak aktif. Namun segalanya menjadi meriah apabila apabila air mula bergerak.....Apik paling happy......semoga enjoy dengan paparan yang sempat aku rakamkan ini....
Gaya baru main tapuk-tapuk muka( sembunyi muka ).....heheheeh
Wajah kegembiraan si Apik......belum lagi menarik MJ sudah lebar senyuman mu Pik
Lesin Chee-lesin Chee..... Lesin ikan putih pertamanya

Perkara biasa....kalau sudah terlampau mahu mencelah dilorong sempit.....heheheh

Senyum saja tah kau Pik...lepas ni menangis kau rindu kerapu Bintuka.....Apik akan belayar ke Oversea hujung bulan ni semula

Tutup muka kunun...... Kerapu ni sangat suka warna terang...terutama warna Hijau,Orange, Kuning & Merah. Mana2 gewang yang ada warna ni pasti dibahamnya



Lihat ni...gewang yang ada warna hijau di belakang & disesudunya pun dibaham .....

Kerapu 1 kg ni menjadi penutup kami pada hari tu.....

PENUTUP 2011PART 1

Paparan kali ni merupakan trip habis-habisan untuk sesi penutup 2011. Trip penutup 2011 dibuat 3 kali iaitu 2 kali casting di Bintuka dan sekali di Teluk Villa. Matlamat utama untuk mencari strike ganas. Namun semuanya hanya tinggal kenangan....kecewa kerana tiada strike ganas yang diperolehi. Apa yang jelas sebelum 2011 melabuhkan tirainya aku beraksi di Bintuka pada 24/12 namun hampehh hasilnya dan esoknya aku sekali lagi turun casting di Teluk Villa, hanya ketakutan yang kami perolehi apabila kami dilambung ombak sewaktu casting dan sewaktu pulang ke Jety dan pada 29/12 sekali lagi aku bersama Si Apik turun ke Bintuka dengan harapan untuk mencipta kejutan namun hanya kerapu saja yang sudi jadi teman diatas Bot......

Awal pagi lagi Bot no 13 sudah bermasalah...
Ikan ni lagi......lepaskan saja

Tato dengan MJ cacat....beliau ni semakin mantap aksinya dalam arena casting ni...Congret

Anak buah ku ni, pantang diajak ke Bintuka sejak balik dari Canada, namun hujung bulan ni beliau sudah belayar semula ke Oversea untuk 6 bulan lagi diatas kapal kargo...menarik tuna saja keraja diorang diatas kapal kalau ada masa free

Ini dia sarang Tembaring...nah...hati-hati jangan sampai tercasting sarang tembaring ni....hehehehe



Oh tidak....aku terkena sumpahan Titir

Ini perkara biasa kalau casting di Bintuka.... nasib baik tidak ada rakan lain nampak kalau tidak siap ku kena lagukan lagu Negara ku...heheheh