TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

PERMATA BIRU KOTA KLIAS MUNCUL LAGI

Mendengar khabar dari rakan-rakan seperjuangan yang mengatakan udang galah mengganas di sungai Kota Klias membuatkan hati ku sangat gatal untuk turun kesana. Malah keterujaan untuk mengail udang galah lebih parah lagi apabila adik ku ( Dahali ) & Si Azlin berpesta udang seminggu sebelum trip ini & ini membuatkan aku rasa gundah gulana, bukan sedikit udang yang dibawa balik malah berilo-kilo . Segala keresahan akhirnya terubat apabila sahabat baik ku Mituddin mempelawa untuk beraksi. Malah sahabat setia ku sulaiman juga dapat turut beraksi. Tahun ni merupakan tahun paling lama musim udang mengganas di sungai Kota Klias ini. Berdasarkan pengalaman yang lampau, udang galah di Sg ini hanya akan mengganas apabila musim kemarau, namun bagi tahun ni musim udang berlarutan walau pun bukan musim kemarau. Menurut Mituddin keadaan ini berlaku kerana kualiti air sungai Kota Klias semakin bersih. Dimana sebelum ini kehadiran kapal minyak kelapa sawit membuatkan air sungai tercemar....semoga keadaan ini akan berterusan dan ini sudah pasti akan membuatkan sungai Kota Klias akan sentiasa sibuk dengan pengail dari dalam dan luar daerah seperti aku....Semoga enjoy dengan paparan terbaru ku ini. Ikhlas dari K.O.B

Mr Mituddin dengan gaya pose baru. Permata biru yang baru matang
Pasti udang in memeluk batang kayu didalam rumah persembunyian. Hanya sesunggut sahaja yang dapat ku dinaikkan
Memang tidak dapat ditandingi....memang kau raja udang Din

Sulaiman semakin teracun dengan permata biru sg kota klias

Aksi menayang ketika geng keruak berkomplot dengan geng gila kail di hadapan bot kami

Belida pun sudi jg makan cacing rupanya

Permata biru dilubuk sarang burung yang sentiasa ada jika air cantik


Sais inilah yang sentiasa menjadi idaman kaki udang

Ganas....sepit biru ni sangat merbahaya jika tidak berhati-hati....tembus seluar ku disepitnya


Udang bertelur paling banyak kami naikkan kali ni

Sulaiman mencipta rekod apabila umpan yang baru jatuh terus disambar permata biru ini. Ini membuatkan sulaiman terkejut kerana rodnya terus melenkung. Rupa-rupanya udang ni terlangar tali kail ketika sedang berenang dan ini membuatkan tali kail terbelit di sepitnya. Inilah yang dinamakan rezeki

Best tengok apabila udang muncul dipermukaan air

Hahahahah....memang sudah diduga mesti lubuk sarang burung akan menjadi tempat rebutan. Kelihatan Lim tat, Mr Belacan, Dahali & Bau Kesisang sedang menduga penghuni di lubukm sarang burung. Belacan apa kau tarik tu......

TRIP 4 IN 1

Ini merupakan trip 4 in 1 ( Memukat, Bottom, Casting & Trolling )pertama K.O.B bersama Sulaiman dan Azlin. Sessi pertama kami adalah sessi memukat diikuti bottom , trolling dan disebelah petang baru kami Casting .Trip ini merupakan trip enjoy untuk mencuba sesuatau yang baru. Enjoy memang enjoy jika rakan sekepala tanpa banyak songeh. Lubuk sasaran kami adalah sebatang anak sungai yang mana ikan belanak sangat banyak. Aku dan Azlin telah membeli 2 utas pukat yang biasanya digunakan untuk mencari umpan anak kembura. Namun ikan belanak yang jadi sasaran anak ikan putih yang mengena. Ini kerana sais lubang pukat kamu terlalu besar untuk menjerat ikan belanak.....namun apa-apa pun ia merupakan aktivit santai........

Azlin sedang menurunkan pukat pakai buang




Baru diturunkan anak ikan putih sudah mengena.....


Sibuk member dua orang ni membuka anak ikan dari pukat. Azlin memang berpengalaman dalam bidang ni....lain kali bintur lagi kita bawa...heheheheh Selepas memukat kami meneruskan aktivita ke 2 iaitu membottom.....hasil nya hanya anak-anak ikan putih dan tetanda paling banyak menjadi mangsa...
Trip T.O.B memang trip mewah......kalau bab makanan....

TOM Yam udang galah sg garama tajaan Sulaiman...classsss....
Sambal mempelam ...tajaan K.O.B....memang power....kalau ada ambuyat....memang meletop....

Pengilat & Anti pudar Warna Gewang

Kali ni K.O.B ingin berkongsi tentang cara K.O.B menjaga gewang. Kebanyakkan gewang yang kita gunakan biasanya menggunakan warna lapisan luar dan hanya sesetengah gewang sahaja yang terdapat meletakkan warna atau lapisan berkilat didalam badan gewang dan ini membuatkan warna gewang tersebut lebih tahan. Biasanya gewang yang menggunakan warna lapisan luar akan mudah calar apabila serangan ikan terutama sekali ikan SELUNGSUNG BERTARING ( Titir @ Alu-alu ), Siakap Merah dan ikan bergigi yang lain. Malah bagi gewang dan Popper ekonomi seperti Hinomyia masalah warna terkopek adalah perkara lumrah kerana lapisan warnanya dan clearnya adalah nipis. Oleh yang demikian saya lebih suka mencelup semua gewang yang baru dibeli dengan Clear untuk melindungi warnanya sebelum digunakan dan ini akan dapat mengurangkan peratus kerosakkan pada warna gewang apabila diserang oleh pemangsa. Biasanya lapisan clear untuk kereta lebih kuat berbanding dengan Varnis. Oleh yang demikian anda digalakkan menggunakan Clear kereta, malah gewang TDD yang sudah pudar apabila dicelup akan nampak berkilat semula ...Sekian " Selamat mencuba "...... By K.O.B


Gewang-gewang ini lebih berkilat setelah di celup dengan Clear dan pastikan ia cukup kering sebelum digunakan....paling tidak biarkan 2 atau 3 hari tergantung supaya clear lebih kering dan ini membuatkan ia lebih tahan
Biasalah Popper juga tidak ketinggalan....maklumlah Popper ekonomi

Gewang Storm TC11, Zerek & The Lagend BAKAU



Gewang Strike Pro, Hinomia & Zerek

TRIP PENGENALAN BINTUKA UNTUK SAUDARA HAZLIN

Trip Bintuka kali ni merupakan trip pengenalan Bintuka kepada saudara Hazlin Ag Damit. Beliau merupakan kaki pancing yang seangkatan dengan K.O.B dan Lempayun. Namun beliau yang kembali aktif pada tahun 2009 dalam arena casting secara tiba-tiba merehatkan diri seketika kerana beliau aktif dalam arena memikat burung dan tahun ni aktif semula dalam arena casting. Trip Pertama beliau ke Bintuka ialah pada 24.9.2011 bersama saya dan Sulaiman, dimana beliau begitu teruja bila melihat keindahan sungai Bintuka. Trip pengenalan ini lebih kepada sesi makan angin, dimana dari Bintuka ke Menumbuk sesi perjalanan kami dipenuhi dengan aksi Bottom, Casting & Trolling namun rezeki beliau dengan pemangsa Bintuka belum kesampaian. Rintitan dari trip pertama pada 1.10.2011 sekali lagi beliau berminat untuk Join ke Bintuka, namun kali ini kami mencuba aksi Casting sepenuh masa. Trip kali ni juga dimeriahi dengan adik ku bersama anak-anak buah kami, Badul dan Matali






Saudara Hazlin sangat berpengalaman dalam mengendalikan bot. Beliau memiliki beberapa biji Enjin Bot dan Bot sendiri untuk memancing di sungai dan laut

Hasil Yo-zuri yang sudah ditapa beliau sejak bertahun-tahun yang lalu


Antara gewang yang saudara Hazlin gunakan...masih dara


Hahahah....semasa balik dilaluan pintas....terpaksa lah sahabat dua orang ni turun menolak Bot

Akhirnya aku pun turun sekali.....apa tidaknya bot tidak dapat ditolak jika ada anak gajah duduk diatas Bot...heheheh



Inilah bikin panas....3 kali ku jd makenik.....akhirnya tahu ku sudah apa masalahnya

Ini pula adik ku....kerapu penyelamat.......dari kumpau
Anak buah ku yang baru balik dari Canada sudah mendapat lesin kerapu Bintuka
Juara....badul..........memang semakan hebat
Anak buah ku sorang ni ( Si Wan ) pun sukses....Si matali stady...saja...hisap kau sigup tu ......
Jam 4.30 pm kami memecut balik ke jety bila hari semakin mendung....akhirnya kami selamat tanpa meredah hujan ribut....rakan-rakan yang lain habis basah kuyup......