TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Popping & Casting Di Tembok Air Port KK ( 20.11.2010 )

Port yang semakin panas,minggu sebelum ni kawan ku berjaya menaikkan Selungsung seberat 5 kg di Port ni.Seawal jam 5.45 pagi saya & si Ampulur sudah bergerak ke T.Aru dimana Snek sedang menunggu.Jam 6.00 am kami mula berjalan kaki menuju ke Port yang dituju.Ini lah yang membuatkan aku tidak berapa suka Port ni,apa tidaknya terpaksa berjalan kaki selama 10-15 minit.Maklumlah sudah jadi pemalas.Kalau boleh turun dari kereta terus Popping @ casting.Jika sebelum ni di pintu masuk utama pasti ada seorang pengawal berbangsa Thai yang menjaga Gatenya,namun kali ni tiada pula.Jika kita memasuki kawasan tembok ni pada waktu mereka berkerja pasti akan dihalau,namun kali ni tidak pula,dilihat dengan mata kepala saja,walau pun ada kerja membuang batu sedang dilakukan ....syukur.
Biasalah Ampulur,kalau lure kecil ikan kecil saja yang sudi,kalau lure besar ikan besar punya bahagian....heheheheh
Aku memulakan aksi dengan lontaran padu popper hinomiya yang terus disambut dengan sambaran lemah dan lontaran demi lontaran terus ku buat namun tiada pemangsa yang sudi menerkam popper ku.Akhirnya aku berpindah ke port biasa ku,yang memerlukan berjalan kaki selama 5 minit lagi dan disini aku mendapat satu sambaran yang membuatkan aliran darah ku mengalir laju,namun tidak sangkut.
Snek pula beraksi dengan popper Halco warna silver,namun sehingga jam 8.00 am langsung tiada pemangsa yang sudi menyambar poppernya.Si Ampulur yang setia dengan lure pula memulakan aksi castingnya dari logoon sehingga ke tanjung tembok dan akhirnya beliau berjaya menaikkan anak kerapu.

Nasib baik kau kecil kalau besar siap kau kerapu


Sesi Popping & Casting akhirnya berakhir di Restoran Sri Devi Tanjung Aru dengan menjamu selera,maklumlah banyak guna tenaga.....lapar ku terubat dengan 2 bungkus nasi lemak dan semangkuk sup....huhuhu.......Melatop


Team Ombak Biru : Popping di TV

Gt kembali lagi di lubuk Popping.....Syukur setelah 9 bulan berlalu sejak di BOM oleh Pelipin.Nampak gaya aktiviti Popping akan kembali seperti biasa kerana lubuk Popping sudah menghasilkan beberapa ekor mangsa.Antara mangsa yang sudah menjadi habuan adalah Gt 1.4 kg ,1.2 kg,1kg 2 ekor & Baracudda sirip kuning 5.5 kg rekod terbesar yg dipegang oleh Mr Rinno,tapi gambar-gambar tidak dapat ditayang untuk proses Pemajalahan.Namun bagi ku ini permulaan yang sangat baik,diharap lubuk ni tidak akan menjadi mangsa Pelipin yang Biadap lagi.
Gt ni hampir-hampir membuatkan jantung ku Meletop.....Bisa Pukulannya
Popper 13g ni diterkam dari belakang sebab itulah ia hampir-hampir ditelan

Antara Popper Ekonomi yang paling berkesan di Lubuk ni

Canteeeeekkkkkk....Gt 1.4kg & 1.2 kg ni sudah cukup membuatkan Pemopping akan merasa KARAN tahap tertinggi yang berkesudahan dengan tangan mengiggil...............


Jety SFI Padang Popping yang Berpotensi


Kesempatan outstation ke Sipitang pada 15 Nov 2010 saya gunakan untuk melihat potensi jety SFI untuk aktiviti popping atau casting.Sebelum ini saya pernah masuk kekawasan ini namun hanya sekadar melihat-lihat keadaan.Oleh kerana tugas saya selesai sebelum tengahari,masa yang ada saya gunakan untuk meninjau port.Memandangkan Set Popping & Casting memang sentiasa saya bawa jika outstation ke daerah yang memiliki padang popping dan casting,apalagi ditunggu bila melihat persekitaran jety SFI.........ambil set...terus popping.....namun setelah hampir sejam popping,satu pun tiada sambaran...lantas aku berkemas dan terus balik ke Bongawan
Laluan ke Jety Utama,Namun dilarang masuk jika ada aktiviti kapal
Baik juga ada notis ni kalau tidak pasti penyeludup suka hati ada jety......


Cantik.......pasti ada Gt jika air pasang Pagi....lain kali ku test lagi

Lagoon ni pasti ada MJ juga

Trip Bintuka yang malang ( Team Ombak Biru )

Trip ke Bintuka pada 6.11.2010 ni merupakan antara salah satu trip dalam jadual ku yang sudah ku atur dari awal. 4 buah bot telah ku boking sebulan lebih awal iaitu bot no 2,3,9 & no 12.Trip pada kali ni,rakan baik ku Sulaiman tidak dapat ikut kerana isterinya ada kuliah di Universiti di Kota Kinabalu .Antara rakan lain yang mahu menyertai trip ini ialah Dahali( adik ku ),Mimit,Sahur,C Wan ( anak Buah ku ) & rakan yang paling setia adalah Snek.Pendik cerita trip kali nilah yang paling malang.Apa tidaknya seawal pagi sudah kami casting,namun hanya selungkang sahaja yang sudi menjamah gewang ku.Tambah malang lagi apabila telepon ku berbunyi.....namun terputus kerana line tidak kuat.Dalam hati ku pasti sesuatu berlaku terhadap enjin bot yg digunakan oleh si Sahur & si Wan.Sangkaan ku tepat apabila aku menerima SMS dari sahur yg menyetakan "Bro kami tidak jadi ke Menumbuk kerana Bot no 2 kondem,kami tukar bot no 1,juga kondem,sekarang kami tersadai di seleko sebelum rumah buruk ".

Mentang-mentanglah warna gewang Hot Mentega ku ni warna......kau lah yang sudi saja Buss

Aku terus tidak sedap rasa,waktu baru jam 12.30 tengahari.Sebab pada 30.10.2010 yang lalu sebuah bot telah sesat di Bintuka dibawa arus selama 2 hari setengah sehinggakan Bomba & Meritim turun mencara mangsa.Lantas aku mencadangkan kepada Snek untuk segera mencari mereka( Sahur & Si Wan ).

Kerapu Lubuk Balingkatak
Jam 1 kami telah berada ditempat yang ku sangkakan tempat mereka tersadai( di mata belanak ),namun bayangan bot mereka tidak kelihatan,ini membuatkan hati ku semakin gusar,aku takut mereka tersadai di sungai utama.Nasib baik tiba-tiba sms berbunyi....maknanya kawasan kami berada ada line,lantas aku menelepon si sahur dan beliau memberi tahu mereka tersadai di seleko hadapan sebelum sampai ke lubuk mata belanak



Titir sirip kuning ni melompat-lompat rupanya bila mahu melepaskan diri


Syukur,jam 2 perahu mereka kami temui dan setelah sesi menukar plug & buang minyak tidak berkesan,jalan terakhir adalah ditunda.Punyalah sangsara menunda bot ni.....2 jam diperlukan untuk sampai ke jeti Hj Kumit


Sahur...Cantik Bro....trolling ,dalam perjalanan ni sempat juga aku dan sahur trolling,namun tiada sambaran.Untuk merehatkan pinggang dan tangan setelah lama menunda,kami singgah di Simpang Tiga Sungai kecil dan Simpang Tiga Sungai besar ( Tetongod ) dan waktu nilah kami terjumpa 2 orang jejaka maco sedang berusaha memujuk mangsa iaitu si Asnieh @ Belacan & Hisham @ Kg Rider

C Wan...macam hero Titanik kau wan.... Walaupun trip kali ni penuh dengan kekecewaan,namun itu bukan satu halangan hanya sekadar pahit maung dalam dunia pengailan.Apa yang penting jika ke Bintuka pastikan anda membawa telefon no 019 kerana line celcom paling kuat disana.Pastikan anda memiliki no telepon tuan punya bot,pastikan anda mengetahui lokasi dimana anda berada untuk memudahkan usaha menjejak anda juka berlaku masalah bot dan yg paling baik biar datang beramai2 &jangan terlalu jauh berpisah dengan rakan-rakan anda.


Projek Lure Team Ombak Biru By:K.O.B a.k.a MddKristal

Sudah menjadi lumrah kepada diri ku,pantang saja ada idea,pasti ingin dibuat.Sebelum ni Popper,jpran,dan macam-macam peralatan mengail menjadi mangsa sentuhan tangan ku, kini gewang ekonomi pula menjadi mangsa sentuhan tangan ku.Masih ku ingat ketika dizaman kesukaran sekitar penghujung 1990 , untuk memiliki sebiji gewang punyalah sukar.Apa tidaknya,harga gewang sangat mahal,malah seingat ku hanya ada 2 jenama paling top,iaitu Rapala RedHead & Yo-Zuri Tobimaru.Untuk memiliki gewang jenama ni punyalah sukar.Malah tidak banyak kedai pancing yang menjual gewang untuk casting.Kebanyakkan gewang yang dijual adalah untuk trolling, kalau pun ada jenama Surecatch harganya juga mencecah Rm 20 ringgit.Oleh kerana itu,saya pernah membuat gewang dengan menggunakan kayu dengan warna pilihan RedHead,malah sepupu ku si Osman dari Team Lempayun pula menjadikan batang berus gigi sebagai mangsa sentuhan tangannya untuk membuat gewang Haruan.Namun keadaan hari ini sunguh berbeza,gewang ekonomi mudah diperolehi,malah ada antara gewang-gewang ekonomi sungguh berkesan berbanding jenama mahal.Jika anda tidak berkenan dengan warna asalnya,maka apa lagi, mulakanlah dengan mengikis warna asalnya dengan kertas pasir paling halus dan selepas itu spry lah dengan warna kegemaran anda seperti apa yang telah saya laukkan.Selamat Mencuba.........
Inilah antara gewang yang menjadi mangsa sentuhan tangan ku dengan warna terang seolah-olah warna Hot Tiger

Proses mengeringkan warna sedang dilakukan

Gewang Jumper ( Sebelum )

Menjadi Gewang Jumper Hot T3 T.O.B ( Selepas )

Gewang Hinomiya

Menjadi Gewang Hinomiya Hot T3 T.O.B

Gewang Rod Ford Gold Keramat ( Sebelum )

Menjadi Gewang Rod Ford Hot Mantega T.O.B ( Selepas )

Gewang Rod Ford Green

Menjadi Gewang Rod Ford Hot Mantega

Gewang Bakau paling Killer RedHead

Menjadi Gewang Bakau Hot T3

Gewang Eupro Hot Mantega ,warna asalnya merah orange