TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

CUSTOM FISHING ROD 4( Part Akhir )

Alhamdulillah,projek Custom Fishing Rod 4 ku telah siap sepenuhnya.Sebenarnya untuk menyiapkan projek ke 4 ini aku hanya mengambil masa 2 hari untuk memasang semua bahannya.Ini pun hanya dilakukan selepas balik bekerja iaitu sekitar jam 5.30 petang sehingga sebelum berbuka puasa dan selepas tarawih.

Proses mengeringkan epoxy sedang dilakukan

Setelah epoxy keras biarkan seharian untuk mempastikan epoxy benar-benar kering

Top Ring guna Fuji
Proses memasang aksoseri lilitan benang
Inilah kesudahanya sebelum disapu epoxy


Gunakan berus cina untuk menyapu epoxy,kerana berus ini lembut Ini pula gambar ging utama sebelum disapu epoxy

Ring utama setelah disapu epoxy nampak berkilat

Ini pula gambar blank setelah ditanda untuk kedudukan ring.Sebelum ring diikat,kita perlu melenturkan rod untuk melihat kedudukan ring



CUSTOM FISHING ROD 4( Part 1)

Setelah berjaya menyiapkan 3 projek Custom Fishing Rod untuk deepseabagi kegunaan sendiri,kini saya beralih kepada Custom untuk popping dan light jig.Untuk menyiapkan custom rod aksi sederhana, amat sukar untuk memperolehi blank yang berjenama mahal kerana yang ada hanya untuk big game.Begitu juga dengan ring fuji amat sukar untuk diperolehi kerana peniaga barangan pancing lebih suka menjual secara berasingan ( sebiji-sebiji )daripada menjual satu set.Namun nasib saya amat baik kerana taukeh kedai pancing yang saya selalu kunjungi ada menjual ring fuji 1 set.

Blank jenama Ajiking sahaja yang ada d kk ni....susah mau cari yang berjenama mahal

Line Test blank ni 8-25 lbs.Bolehlah kalau setakat Gt 3-4 kg.Kekuatan sebenar sehingga 11.33 kg
Ring fuji terbukti amat tahan dan anti karat
Sais ring 30,25,20,1816,12,10,10
Ini antara pelengkap custom rod yang mudah diperolehi.Handle grip & kekili stand aloi,Solitip jangan lupa Proses awal sedang bermula,dimana handle depan harus didahulukan,baru kekili stand.Untuk memasang kekili satnd,solitip harus dililitkan ditempat pemasangan kekili stand
Setelah siap melilit solitip, test dahulu sebelum disapukan gam

Inilah gam pilihan utama saya untuk memasang kekili stand....gam Filipin/mastik
Setelah digaul rapi,sapukan gam mastik dibatang rod

Setelah itu masukkan kekili stand perlahan2

Inilah hasilnya dan teruskan dengan proses seterusnya Sebelum memasang handle belakang,pastikan lubang handle fit dan jika tidak fit,lilitkan sedikit solitip di bahagian yang longar supaya bila digam ia akan kemas dan fit


Setelah itu sapukan gam epoxy pada batang rod untuk memasang handle belakang


Masukkan perlahan2 sypaya gam tidak meleleh


Inilah hasilnya

Bahagian hujung biasanya akan dipasang dengan aksoseri khas untuk penutup belakang

Kali ni saya menggunakan penutup span yang limitedSetelah dipasang inilah rupanya

Setelah semua aksoseri dipasang....inilah rupanya.....biarkan seharian untuk mengeringkan gamnya

Penjagaan Peralatan Memancing Part 2

Salam semua,dalam edisi "Penjagaan Peralatan Memancing Part 2"saya ingin berkongsi bagai mana saya menjaga peralatan memancing saya selama ini.Ini hanya sekadar perkongsian.Seawal pembabitan dalam hobi pembelian peralatan memancing pada tahun 1994 sewaktu jadi guru sandaran,saya tidak tahu tentang penjagaan peralatan ini.Namun melihat kepada keperluan mempelajari kemahiran ini saya beranikan diri membuka kekili2 yang saya beli untuk proses belajar.Alhamdulillah setelah 15 tahun dalam melayari hobi ini saya tidak perlu menghantar peralatan saya kekedai pancing untuk diservis.Jadi saya syorkan semua pemancing harus menguasai kemahiran ini untuk diri sendiri
Ini adalah kewajipan yang perlu diutamakan,biasanya setelah beberapa bulan digunakan,biasanya saya akan menservis kekili-kekili yang sudah lama tidak diservis untuk memastikan segala part berada dalam keadaan SIHAT untuk beraksi semula.Revo ku ni sebagai contoh,partnya memang tahan karat namun setiap kali digunakan memang saya akan bersihkan dengan air bersih dan bila sudah kering saya akan sapu minyak dibahagian-bahagian tertentu,namun itu tidak cukup untuk memanjangkan hayatnya.Bagai mana pula dengan part dalaman.Untuk part dalaman servis hanya perlu dilakukan bila kita rasa perlu kerana kita boleh merasa kekili tersebut berfungsi dengan lancar atau tidak.Biasanya aku akan menyelongkar kekili ku untuk menyimpan gris pada gear & ball bearing
Revo dan kekili-kekili baru yang ku miliki biasanya akan ku servis selepas sebulan digunakan.Biasanya servis luaran yang selalu aku lakukan adalah membuka bradet untuk memastikan spool tidak dimamah garam,menyapu minyak pada bahagian2 tertentu,dan menyimpan gris pada ball bearing penyusun tali. Bagi kekili yang bukan tahan karat,sebaiknya setelah dibeli sapu terus bahagian yang sensetig dengan minyak untuk jadi pelindung dari karat

Penjagaan Peralatan Memancing Part 1

Dalam kesempatan kali ini saya ingin berkongsi tip cara-cara penjagaan asas peralatan memancing untuk memanjangkan jangka hayat peralatan memancing yang kita miliki.Tidak dinafikan menjaga peralatan memancing merupakan satu aktiviti yang rumit lebih-lebih lagi bila kita sudah penat terutamanya bila balik dari memancing.Namun bagi saya ini tidak jadi penghalang,kerana saya akan sentiasa memastikan peralatan saya sentiasa terhindar dari garam laut terutama selepas balik dari laut atau muara yang air payaunya pekat dan tidak heranlah peralatan lama saya masih cantek walaupun sudah ketinggalan zaman kerana sikap saya yang pantang melihat peralatan saya terbiar selepas digunakan
Ini adalah merupakan perkara wajib yang akan saya lakukan.Kekili yang dipakai pada hari tu mesti disiram dengan air bersih untuk menghilangkan kesan air masin atau payau yang melekat dibadan dan di tali sulam
Gewang pun sama.Biasanya gewang yang saya gunakan pada hari tersebut akan rendam didalam air dan digantung ditempat khas untuk proses pengeringan.Biasanya bila ada tanda-tanda berkarat pada cincin atau mata kail,saya akan sapu minyak dengan menggunakan berus gigi untuk menghalang karat dari merebak.Namun jika karat sudah tidak dapat dihalang,biasalah gantikan saja ring dan mata kailnya sebelum disimpan kedalam box

Joran yang digunakan juga harus disiram dengan menggunakan air bersih untuk mengelakkan ringnya berkarat


Biasanya peralatan yang sudah saya cuci akan saya biarkan kering.Proses ni biasanya saya biarkan semalaman kerana kadang-kadang saya tidak larat untuk terus melap dan menyapu minyak ke bahagian-bahagian yang saya rasakan perlu dilindungi dari karat.Biasanya keesokan hari jika ada masa terluang barulah saya akan meneruskan proses menyapu minyak dibahagian-bahagian yang perlu dilindungi dari karat sahaja


Ini adalah peralatan asas yang perlu kita miliki untuk menservis peralatan mengail yang kita miliki.Pada kelapangan yang akan datang saya akan berkongsi tips menjaga kekili dan Joran

Mengail Buaya

Inilah antara gambar yang dapat dirakamkan sewaktu balik memancing dari muara Bintuka ke Jety Hj Kumit yang mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan.Selama ku ke Bintuka saya tidak pernah terserempak dengan pemburu Buaya ni, ini lah kali pertama kami terserempak.Rupa-rupanya pemburu buaya ni memang selalu memburu/menangguk buaya di sungai ini menurut pekerja Hj Kumit .Info :Buaya yang memakan umpan dan terkena matakail akan memusing-musingkan badannya didalam air untuk melepaskan matakail,akibatnya tali rotan yang digunakan akan terbelit dibadannya dan ini akan menyebabkan buaya mati kelemasan dan mudah di uruskan oleh si pemburu buaya.Sepanjang perjalanan balik terdapat 5 tangguk buaya sudah dipasang disepanjang sungai Bintuka
Inilah perahu pemburu buaya,Orangnya sedang berdiri dan marah apabila gambarnya dirakam....orang dari Kg Bangkalalak....waktu ni dia sedang memasang tangguknya,ngapa takut kana tangkap...tau pun takut
Umpannya seekor anak monyet yang digantung dari atas dahan kayu ,mata kalinya sais XXXLLLL dan tali utama adalah rotan yang panjang dan diikat dipohon kayu dan dijamin tidak akan putus

Perambut pula tidak dapat dikenal pasti....tapi macam rotan yang dianyam pun ada juga



Berhampiran kawasan inilah saya menyangka kocakan air disangka selungsung yang menyambar anak ikan rupanya buaya terjun dari tebing yang membuatkan si sahur tidak dapat berkata-kata



Bintuka ( 8 Ogos2010 ) Surut Yang Melampau

Pada 8 Ogos yang lalu Saya ke Bintuka lagi bersama sama Snek,Dahali,Saur,Dinn C707 dan Si Pisang dengan menaiki 3 buah bot yang disewa dari Hj Kumit.Trip kali ni sebenarnya tidak ada dalam perancangan ku kerana pada asalnya,tarikh 6,7&8 ogos adalah untuk trip ke laut dalam.Namun keadaan cuaca yang tidak sesuai trip tersebut terpaksa dibatalkan sehari sebelum bertolak kerana ada amaran Ribut dengan kelajuan angin 50-60 km dan ombak setinggi 3.5-4.5 meter berlaku di perairan Sabah,Sarawak dan Labuan selewat-lewatnya petang Jumaat.Lalu aku mengambil keputusan untuk ke Bintuka sahaja dan rakan komplot ku Snek setuju .Lantas aku menempah 2 buah bot sebuah untuk Team Ombak Biru dan sebuah lagi juka ada rakan2 yang ingin turut serta.Tidak sampai sejam selepas ku boking,c saur macam tau-tau sahaja aku kan ke Bintuka dan Dinn c707 pun ingin turut serta dan minta bokingkan sebauh lagi bot.Bot yang kami gunakan No 2,3 & 12.Trip kali ni sangat singkat kerana jam 2 kami terpaksa bertolak balik melalui sungai Bintuka kerana sungai biasa untuk lalauan singkat tidak akan dapat dilalui kerana surut yang melampau.Namun bagi ku Bintuka memang untuk The Best untuk Botoom,Casting & Trolling....kalau bulih biar siang tanpa malam baru puas hati di Bintuka ni....heheheeheh
Bb Gt pun sombong waktu ni
Snek....memang badi mu hilang sudah....si Ampulur lagi balum hilang badinya

Setelah setengah hari beraksi,kami pun mengambil keputusan untuk berehat di Lubuk Balingkatak kerana keadaan air yang tidak cantek dan arus surut yang sangat melampau


Sembilang ni sangat hanyir baunya..

Dalam perjalanan bot no 2 yang digunakan oleh Si Saur dan Si Pisang menghadapi masalah.Dimana plug nya tidak berfungsi dengan baik.Akibatnya pergerakan enjin tidak stady.Nasib baiklah waktu ni aku masih di belakang dan dapatlah aku membantu dengan meminjamkan plug pencucuh baru yang sentiasa ku bawa jika trip ke Bintuka.Bot inilah juga bermasalah sewaktu aku turun ke Bintuka bersama ipar ku.Nasib baik si Pisang berpengalaman...kalau tidak ada lagi orang tersadai di pinggir bakau......heheheh

Inilah plug bot no 2....hancur...kunun2 sudah diganti selepas aku komplen sebelum ni...tapi....

CUSTOM FISHING ROD 3

Dalam artikel "Custom Fishing Rod 2 " saya ada menyatakan bahawa "Custom Fishing Rod 3 " telah bermula dan alhamdulillah akhirnya saya dapat menyiapkan projek tersebut sebelum belayar ke Deep sea.Projek ketiga ini memang sulit sedikit kerana banyak kerja yang dilakukan.Bermula dengan menukar warna dari hitam ke warna kuning + oren yang memerlukan kerja menghakis pengilat asal supaya warna baru melekat.Setelah proses mewarna selesai,rod perlu disapu dengan pengilat khas supaya warna lebih tahan dan berkilat.Setelah sesi mengeringkan selama 2-3 hari selesai barulah kerja memasang kekili holder dan span pemegang dilakukan.Selepas itu baru proses menyukat tahap lenturan untuk kedudukan ring dilakukan.Setelah tanda diletakkan dirod barulah aksesori rod ( Benang merah+Emas ) untuk alas ring dilakukan secara manual.Apabila selesai ia perlu disapu gam epoxy dengan nipis dan setelah kering sehari dua barulah ring boleh diikat diatasnya dan sebelum meletakkan gam epoxy pastikan kedudukan semua ring lurus dan lepas tu baru ia disapu dengan gam epoxy sambil moto perata gam memusing rod dan Ku namakan Rod ini dengan nama "ROD BALINGKAWAT" sempena nama yang diberikan oleh Baukesisang....heheheheh
Proses mengeringkan epoxy untuk ring sedang dilakukan
Gambar sebelum ini di Custom Fishing Rod 2 dimana proses menanda untuk kedudukan aksesori dan ring telah dilakukan

Ini gambar aksesori rod untuk ring setelah di sapu epoxy.Kerja melilit benang ni memang sulit ,8 tapak perlu dililit

Ok juga buatan ku ni

Untuk menyiapkan aksoseri rod ni,perlu ada kesabaran...memang sulit

Inilah bentuk kedudukan ring untuk Fishing Rod ke 3 saya,dimana ring putih tersebut merupakan ring dari joran lemax yang sudah saya up gred dengan ring fuji dalam custom fishing rod 2 dan ring hitam.....itu sahaja yang ada dijual di KK...sedih terus tidak seragam ring rod ku ni.Apa-apa pun aku telah berjaya menimba ilmu dengan usaha ku ini semoga Projek "CUSTOM SET CASTING 1" untuk diri sendiri akan sukses