TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Hasil di Lawa-Lawa @ Unjam Ikan

Trip kali ni menjadi kalam kabut gara-gara patner terlajak diatas katil,nasib baiklah Tengah Patera sudi menunggu.Seawal jam 6 pagi kami sudah berada dibagang untuk meminta umpan daripada pekerja bagang.Oleh kerana bulan masih terang tidak banyak bagang yang berjaya memperolehi hasil anak-anak @ bilis,kami bernasib baik kerana bagang terakhir yang saya naiki masih ada sebakul anak bilis yang tidak dimasak kerana dapurnya rosak dan ini membuatkan Tengah patera gembira kerana bila terlambat memang payah untuk mendapatkan bekalan umpan.Selepas mendapatkan umpan kami terus berlabuh dibagang,namun tiada hasil dan kami terus pindah ke bagang kedua,hasil tetap sama...langsung tiada sentuhan pemangsa.
Lalu kami pun berpindah ke lawa-lawa bagang roboh dan Ikan putih ini lah hasilnya.Di lawa-lawa bagang roboh ni begitu banyak ikan pisang-pisang bersais 500g kami naikkan dan disini juga saya sekali lagi Revo salty Stage ku mendapat sambaran kasar namun tidak berjaya dinaikkan kerana perambut 30lbs ku bergesil dengan bekas struktur bagang
Selepas di Lawa-lawa bagang roboh kami terus ke lawa-lawa besar di laut membakut dan disinilah Lumading begitu banyak berkeliaran di lawa-lawa ni tetapi sombong tidak mahu menyentuh umpan hidup...snek saja bernasib baik kerana apollo snek terkait di hidung lumading

Ikan temenong juga banyak dan besar-besar,gerunggung @ cencaru juga banyak,malah anak ikan sulit sebesar 700g juga banyak kami naikkan dilawa-lawa yang pernah suatu ketika dulu aku merasa sengsara membuatnya.Namun gambar tidak banyak diambil kerana masing-masing sibuk melayan kail