TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Mengail di Bagang,Bongawan

Inilah hasil ku...seekor beratnya 2-27 kg....memang best melayan berusak ni dengan set ringan
Hasil Tengah Patera...16 ekor dan dijual kepada peraih dengan harga RM2...tidak bernilai ikan ni...tapi bagi nelayan macam Tangah patera...ini sudah cukup untuk membeli petrol




Dibagang ni lah berpuluh-puluh berusak sedang menanti kehadiran pemancing

Anak ikan Lumahan...beribu-ribu ekor boleh dinaikkan dengan menggunakan apollo asalkan rajin
Bagang roboh bakal jadi sarang ikan

Pekerja bagang sedang memilih ikan-ikan terpilih untuk dibawa ke darat dan dijual kepada penduduk kampung yang sentiasa menunggu mereka pulang

Tengah Patera terus naik ke bagang untuk mengambil anak-anak ikan apabila pekerja bagang mula mahu membuang anak-anak ikan tersebut

Lihatlah....bayangkan ini telah berlaku sejak pernghujung tahun 90-an sehingga sekarang...cukup tragis.Tapi lepas ni Bai-bai kamu bila petronas sudah siap membuat memasang paip bawah laut...
Inilah antara anak-anak ikan yang berjaya diambil oleh Tengah Patera...ada lagi dalam tong ais dan didalam karung untuk dijadikan ikan kering

Muara Sg Bongawan yang cetek

Bila sahaja musim angin utara muara sg Bongawan pasti berubah...inilah muara Sg Bongawan yang sebenarnya diliputi pasir apabila musim Utara dan akan dihakis semula bila musim arah angin barat dan baratdaya bermula

Nibung dan bambu yang menjadi bahan asas membina Bagang

Perahu nelayan ni ringan dan dapat melalui aliran sg Biau dengan mudah


Aku dan Tengah patera terpaksa berdayung keluar dari sg Biau....sangsara....sengal semua badan ku dibuatnya...lama tidak berdayung

*13 mac 2010 setelah lama tidak turun ke bagang akhirnya aku turun untuk kali pertama 2010 dengan Mentor berpengalaman luas Tangah Patera & ini adalah latihan sebelum ke laut dalam 19 -21 mac ni.Seawal jam 5.45 kami sudah bertolak dari jety kg Biau,Bongawan....malangnya paras surut yang tinggi menyebabkan perahu kampung sepanjang 27 kaki berenjinkan Yamaha Enduro 30Hp terpaksa ditolak dan berdayung sejauh lebih 500 meter ke sg utama kerana air terlalu cetek. Apabila sampai di muara bongawan,semua sekali lagi terpaksa terpaksa berdayung kerana air yang terlalu cetik dan apabila mahu keluar kelaut kami disambut oleh ombak yang rapat.Perjalanan dari muara ke bagang hanya mengambil masa 10 minit dan apabila sampai saya terus naik ke bagang untuk meminta umpan anak bilis yang baru dinaikkan dan ku lihat bermacam-macam jenis ikan yang mereka sapu dan kami terus berlabuh dibagang tersebut.Saya terus menurunkan apollo sais 12 dan tidak sampai pertengahan air ia sudah disambar anak-anak lumahan yang rakus bagai pirana.Bayangkan keenam-enam mata apolo penuh setiap kali diturunkan,tidak sampai 20 minit berlabuh tiba-tiba pekerja bagang membuang anak-anak ikan yang tidak habis mereka pilih dan ini menyebabkan Tangah Patera menjerit agar anak-anak ikan tersebut tidak dibuang dan beliau naik ke bagang dan mengambil anak-anak ikan tersebut untuk dikeringkan.Selesai menurunkan anak-anak ikan tersebut ke bot kami terus berpindah kebagang kedua...hasilnya tetap sama,anak-anak lumahan.Malang sekali bagi Tangah Patera bot yang baru dibaiki dari kebocoran tetap bocor apabila air laut sentiasa bertambah didalam bot dan terpaksa berkali-kali ditimba.Jam 9 kami melundai mankuk-mankuk namun tiada sambaran kerana kerana air keruh dan kami singah dibagang ketiga untuk meneruskan aktiviti mengail.Dibagang ketiga ni,lah aku tewas oleh Berusak @ Todak...apatidaknya,berusak memakan umpan macam ikan ditaman....berpuluh-puluh ekor todak seberat 2-2.7 kg berkeliaran dibawah perahu apabila ditabur dengan anak-anak tamban.Aku menggunakan Baitcaster Blue Max dengan Joran RedSword 17lbs bertalikan spiderwire 20lbs....alangkah sangsaranya melayan todak dengan set ringan ni....2 ekor sudan cukup penat apatah lagi sehingga 5 ekor dan akhirnya aku terpaksa menukar set yang lebih heavy...Shimano CrosAir dengan Joran Shakespeare Sigma Tatanium 30lbs,barulah relex.Dengan set ini aku berjaya menaikkan 2 ekor sahaja 6 lepas kerana aku saja mahu bermain-main dengan todak yang terbang umpama layaran,Tangah patera yang jelos melihat aku melayan todak terus mengeluarkan hand linenya dan beliau berjaya menaikkan todak sebanyak 16 ekor dan banyak yang terlepas.Jam 10.30 pagi kami terus balik ke Jety