TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Penjerat Tongkol & Baby Yellow Fin Tuna



Inilah bulu-bulu yang biasa saya gunakan untuk trolling ikan mangkuk-mangkuk @ Tongkol dan Lengkunis @ Baby Yellow Fin Tuna tanpa pemberat dan disambungkan dengan perambut 40/50 lbs sepanjang 4-5 depa

Ini pula pengilat yang saya gunakan untuk untuk tugas yang sama.Tetapi anda tidak akan jumpa di mana-mana kedai menjual peralatan memancing kerana pengilat ni saya buat sendiri dengan menggunakan aluminium yang tebal dan mata kailnya jenis VMC dan dipelajari daripada orang-orang Filipin yang arif tentang Trolling


Catatan: Selama mengikuti pakcik ku ke laut,bermacam-macam ilmu nelayan yang ku pelajari.Salah satu teknik menangkap ikan mangkuk-mangkuk & lengkunis.Memang mudah dipelajari cuma yang susah untuk menyediakan pengilat tu sahaja.Mesti mahu tahu teknik baru menjadi.Jika anda sedang trolling dengan menggunakan teknik hand line diatas ,pastikan hand line sentiasa dihinjut-hinjut untuk menarik perhatian pemangsa