TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Memancing di Bintuka,Beaufort Part I ( 28.11.09 )

Snek & Pian sibuk memasukkan peralatan ke dalam bot di jeti Hj Kumit
Kesian c Asbullah & Kawannya ni,baru mahu bertolak enjin bot pula mati....terpaksa berdayung semula kejeti untuk menukar bot sewa yang lain.Nasib masih hampir dengan jeti...mun nda ampar kamu bekayuh bullah....

Yang baju hijau tu,mantua ku Ag Tuah Pahang,bersaudara dengan tauke bot Hj Kumit


Bot Man utama TOB...Sibuk ia menset GPS...takut sesat,maklumlah lama sudah ia inda ke Bintuka

Kenalan baru...Din and the gang....

Geng baru ni membeli umpan udang hidup 2 kg dan dikabarkan mereka berjaya mendapat garut-garut dan tetanda hampir 2 kg juga

Snek dan penjual udang.....
Inilah laluan ke sg utama dan gara-gara arah kanan kanan kanan..........
Kami sesat.....terpaksa patah balik....sungai mati.....

Inilah laluan sg kecil ke sg besar....dan bila sampai ke sg besar harus memasuki aliran ke kanan sebab itulah di dikatakan arah kanan kanan kanan dimana simpang utama semuanya ke kanan

Mangsa pertama melalui acara trolling....Titir yang menyambargewang Rapala redhead c pian

Sampai jua kami akhirnya ke muara sg bintuka dan selepas makan dan casting kami terus ke laut untuk melihat-lihat suasana anak pulau yang ada ditengah-tengah muara bintuka dan kami meneruskan acara trolling ke sg bintuka utama
Penat trolling kami memancing dan hasilnya.....terpaksa C&R

Ini nda dapat diselamatkan...mata kail ditelan habis....terpaksa masuk tong ais

Snek paling rajin casting.....lubuk ni berkedalaman 11 meter dalam catatan fishfinder yang kami bawa

Ketam bakau ni hasil pertama ku selama bergelar kaki pancing,sebab mata kail melekat dalam mulutnya...bukan tersangkut di sepit atau kakinya...

Ini lagi terpaksa C&R.Lubuk ni berkedalaman 7 meter

Ini lagi kesian.....C&R lah jawabnya


Aksi Bot Man simpanan.....


Rumusan: Aktiviti memancing yang kami rancang sempena cuti hari raya haji di sg bintuka lebih kepada aktiviti MENINJAU LUBUK @ PORT dan beriadah.Kebanyakkan masa kami waktu di sg ni kami habiskan dengan aktiviti Trolling dan Casting.Apa yang jelas sungai bintuka sangat besar, panjang dan terlalu banyak simpang atau anak-anak sungai besar yang boleh menyesatkan dan sebab itulah kami membawa 3 biji GPS untuk keselamatan dan atas bantuan GPS ni kami sudah habis meraun sg bintuka dari hujung ke hujung walau pun tidak belurih,namun hati tetap puas kerana kami sudah pusing habis sg bintuka.Namun untuk kaki casting,sg ni bulanlah medan tempur yang sesuai kerana ia terlalu dalam.Namun hati tetap yakin sedikit masa lagi aku akan kembali ke sinui untuk pertempuran yang lebih hebat....dan kalau ada yang sudi memberi tunjuk ajar teknik memancing di sg ni dialu-alukan

Crocs sandal rasmi memancing TOB

Crocs yukon casual untuk cari cewek dan jalan-jalan cari makan Rm 209

Crocs Off Road yang begitu sesuai untuk aktiviti out door Rm 169.90

Crocs sememangnya terkenal sebagai satu jenama sandal yang tersohor di Malaysia pada masa kini.Oleh yang demikian penggunaan sandal crocs untuk aktiviti outdoor seperti memancing, jungel trekking dan sebagainya amat sesuai kerana ia memberi keselesaan kepada si pemakai dan yang paling penting tapaknya memberi cengkaman yang mantap apabila si pemakai berada diatas batu sewaktu melakukan aktiviti casting.Cuma untuk memiliki sepasang crocs original kita terpaksa berbelanja sedikit untuk kepuasan maxsimum.Oleh kerana itu ahli TOB menjadikan sandal crocs off roda sebagai selipar rasmi ketika memancing atas cadangan Crocs Ampulur.

Tinjau Port ( Muara Mandahan )

Inilah jeti pengusaha bagang di sg mandahan yang sebelum ni tidak pernah wujud,namun kewujudan bagang di teluk kimanis menjadikan muara mandahan sibuk dengan aktiviti perusahaan bilis.Yang sedihnya kebanyakkan mereka ni orang bugis dari Indon.... dan bukan pengusaha tempatan yang diberi muka oleh orang tempatan....Orang luar meraih keuntungan orang tempatan meraih simpati....
Inilah antara bilis yang telah dimasak diatas bagang dan dibawa ke darat untuk dijemur.Selain tu ikan tamanung (selar),ikan garonggong ( cencaru )ikan lumahan ( kembong ) selalu menjadi habuan lumayan kepada pengusaha bagang yang telah menjejaskan pendapatan para nelayan.Ikut perjajnian asal hanya bilis sahaja yang dituai bukan ikan....

Kelihatan pekerja-pekerja bagang sedang bergerak untuk ke bagang bagi memperbaiki salah sebuah bagang yang telah senget.Apa yang pasti tentang pengusaha bagang ni,mereka akan bergotong-royong untuk membina bagang atau memperbaiki bagang mereka yang telah rosak .Namun kewujudan Loji Petronas di Teluk Kimanis jelas akan menutup ruang untuk pengusaha bagang bermaharajalela....dan diharap Teluk Kimanis akan menjadi syurga ikan

Pekerja bagang sedang mengheret batang nibong yang digunakan untuk membina atau memperbaiki bagang-bagang yang telah sendeng @ senget akibat pukulan ombak dengan menggunakan bot
Inilah cabang antara sg mandahan dan sg tari
Dulu inilah laluan ke muara sg mandahan,namun hari ni laluan ini menjadi sungai mati kerana akibat fenomena semulajadi yang menjadikan aliran sg mandahan semakin pendik
Di sg mati ni saya cuba cast...mana tau ada ikan yang masih berumah di sini...tapi....kecewa
Dalam perjalanan pulang saya ternampak ada kolam besar akibat aktiviti mengorek pasir jadi saya pun cuba cast mana tau ada ikan haruan tapi sunyi saja langsung tiada sambaran....
Sedikit Catatan: Sungai Mandahan sebelum tahun 80-an adalah merupakan aliran parit yang bertemu dengan aliran sg Tari dan kedua-dua sg ini tidak berhulu.Namun pembinaan aliran sg baru di kg Nyaris-nyaris Bongawan mengubah status sg mandahan menjadi sebuah sg yang berhulu dimana punca alirannya adalah dari hulu sg Bongawan dan jika berlaku banjir di Bongawan alirannya akan menjadi deras.Tahun 2007 menjadi saksi apabila jambatan mandahan yang menjadi nadi perhubungan runtuh akibat banjir dan mengorbankan 3 nyawa dan memutuskan terus perhubungan darat antara KK dan Beaufort dan ini juga telah membuka mata orang-orang besar yang selama ini hanya tahu duduk dan tidak turun padang.Jika mahu casting lokasi terbaik adalah sekitar surau dan di jambatan keretapi dan target utama adalah Unggah @ Siakap Merah






Casting Di Port Baru Sutera Habour ( 7 Nov 2009 )

Inilah ikan Berumbai ( Ikan Cermin ) 1.5kg hasil ku casting di Port baru di Sutera Habour,Kota Kinabalu seawal jam 7.00 pagi hari sabtu lalu selepas menghantar c pian ke jeti dengan menggunakan gewang eupro silva yang diubahsuai dengan menambah bulu di mata tiganya seolah-olah Xrap




Inilah port baru TOB....

Kerapu ni hasil kedua ku dengan menggunakan eupro gold,juga ditambah bulu di mata tiganya

Ini lah Hero saya ....

Catatan: Port baru ni sangat berpotensi tinggi untuk mendaratkan ikan...banyak ikan,malah kalau ikan belanak dapat dicasting disinilah lubuknya...minggu ni saya akan cuba casting dan popping mana tau Popper TOB mencipta sejarah.....


Trip Takat 33 C Pian & Pesakit Jantung (7-8 Nov 2009 )

Senang hati c pian...sudah 4 bulan lebih tidak ke laut dalam....akhirnya dapat juga turun walau pun amaran laut bergelora...tetap juga mahu beraksi.....Inilah dikatakan hati kail..ke...ke...ke.....
Ini tempat tidur kapal Ah Tat yang di sewa oleh geng-geng Kadazan Dusun yang c pian ikut

Antara geng-geng c pian yang baru tiba pagi tu.....

Meriahnya di pasar besar pagi tu...
C Pian sedang memilih umpan....umpan basung paling Omm jika mahu kelaut dalam..tidak banyak basung segar pagi tu....mungkin kerana bulan terang

Akhirnya aku terus membeli ketam bakau untuk isteri yang tersayang...8 ringgit sekilo....4 kg ja ku beli geng....
Catatan Perjalanan: Seawal jam 5.20 pagi aku sudah bertolak ke rumah c pian untuk menghantarnya ke jeti di Kk.Selepas selesai memasukkan barang-barang c pian kami terus ke Restoran Koboi Town,di Jumbo untuk bersarapan. selepas bersarapan jam 6.00 kami terus ke jeti dan terus naik ke kapal Ah Tat untuk booking tempat memancing.Jam 6.30 aku dan c pian terus ke pasar ikan,aku mahu membeli ikan untuk keluarga c pian untuk dijadikan umpan.Namun aku tidak jadi membeli ikan kerana kebanyakkan ikannya tidak segar lalu aku pun membeli ketam bakau untuk dibawa pulang. Jam 11.30 malam aku menerima SMS c pian yang menyatakan mereka terpaksa balik dan sekarang berada berhampiran pulay gaya kerana salah seorang rakan berbangsa cina telah terkena serangan jantung dan dalam keadaan kritikal....pada jam 6 petang tadi.....Ringkasnya trip c pian penuh dengan kehampaan dan kerugian...dan kepada sesiapa yang ingin menyertai trip memancing sama ada di sungai,di laut atau laut dalam yang mengambil masa yang lama untuk ke daratan dinasihati supaya sedar akan keadaan diri ,jika anda ada penyakit kronik jangan lah cari nahas...baik duduk diam-diam di rumah...bukan apa kawan-kawan yang terasa.....sebab ANDA TELAH MENYUSAHKAN...Ini adalah pengajaran sebab tahun ni juga seorang pemancing dari Tuaran telah meninggal dunia selepas kena serangan penyakit kronik selepas menaikkan ikan Aji-aji...2 hari masuk ICU dan terus Go....kesian

Trip Ke Bagang Bongawan Part II

Inilah Tangah Patera,Seorang nelayan yang begitu masak tentang laut di Teluk Kimanis.Menjadi nelayan dari zaman bujang sehingga sekarang...banyak ilmu kelaut dan mengail ku pelajari daripada beliau ni...terima kasih Tangah
Melihat wajahnya aku akan sentiasa ingat saat pahit maung bersamanya ketika turun kelaut...kadang-kadang belurih,kadang-kadang tidak,namun ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang demi anak dan isterinya yang tercinta....paling best ketika kami selalu ke pulau tiga

Ini hasil ku yang pertama selepas Tangah menaikkan ikan merah yang pertama

Gaya tu...nasib baik seekor terlepas gara-gara mau merakamkan video

Ini pembantu Tangah Patera...dapat juga seekor
Zaki cucu Tangah Patera hanya mendapat tetanda

Ini Ustaz Sahak...Sepupu ku...raja samurai...kalau kelaut mesti guna apollo samurai

Wajah ceria Snek walau pun dapat kerisi tetap gembira...
Ini lah lawa-lawa tempat kami memancing ikan Gerunggung.Banyak tenaga kucurahkan di lawa-lawa ni sewaktu aku sering kelaut...sengsara membuat lawa-lawa ni.Yang sedihnya....kapal tunda sering melangar lawa-lawa ni...malah orang-orang pelipin juga sering mengbom.....sedih....

Atu tah snek....jangan pasang kail sampai dua....gerunggung ni kalau sudah makan.....nda sempat mau melayan sampai dua joran...

Stady kau snek... Mana tah gerunggung ani.... Ah..ah....dapat juga kau akhirnya gerunggung


Ini lah antara yang ku dapat hari tu..... gerunggung paling banyak
Sekadar Luahan: Tangah Patera merupakan nelayan sepenuh masa dan sepanjang zaman.Beliau banyak bercerita tentang zaman kegemilangan ikan di laut Teluk Kimanis sekitar tahun 60-an,70-an80-an yang kini dirasakan semakin pudar akibat aktiviti kapal tunda,bom dan bagang.Jika dulu tenggiri makan janggut yang dibuat daripada getah tapi kini.....Beliau ni juga arif tentang melundai @ Trolling ikan bakulan ( Tongkol )& langkunis ( Yello Fin Tuna )..ini lah antara ilmu yang aku perolehi daripada beliau ni...sekian...